TASKI HEZ MAHABBAH
About us
SELAMAT DATANG KE TASKI HEZ MAHABBAH
Taski Hez Mahabbah adalah tadika islam yang memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Taski ini telah beroperasi selama 10 tahun dan mendidik murid dari umur 3 tahun hingga 6 tahun. Pembelajaran yang diberikan adalah pendidikan asas islam seperti fardu ain, tulisan jawi, mengaji dan lain-lain serta kokurikulum asas.
Kelebihan dan keistimewaan taski ini adalah murid cepat membaca, mengenal huruf serta murid boleh khatam muqadam sekaligus mampu membaca Al-quran seawal umur 3tahun hingga 6 tahun. Oleh yang demikian, terdapat murid yang telah berjaya di didik membaca muqadam hingga lanjut ke tahap Al-quran di usia 5 tahun dan 6 tahun.
Seterusnya,Taski Hez Mahabbah ini juga mempunyai matapelajaran Bahasa cina yang di didik sendiri oleh Puan Guru Besar. Oleh itu, murid yang tamat bersekolah di tadika ini boleh melanjutkanpelajaran ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
What we do
PERKHIDMATAN KAMI
PROGRAM ISLAMIK
Program islamik Al-quran ini menggunakan kaedah muqqadam bagi peringkat awal untuk murid mengenal huruf hijaiyah, mengeja ayat Al-quran, membaca dan menghafal surah-surah lazim dengan baik.
Seterusnya,
pembelajaran mereka akan dilanjutkan ke tahap bacaan Al-quran.
Sasaran kami ialah murid-murid berumur 5 tahun dan 6 tahun yang mampu khatam muqqadam dalam tempoh 1 tahun.
Selain itu, pembelajaran fardu ain pula ialah tentang rukun iman, rukun islam, dan asas akidah ahli sunnah wal jamaah kepada murid-murid serta mendidik mereka dengan amalan sunnah Rasulullah SAW,
dalam kehidupan harian seawal usia 3 tahun.
Matlamat
untuk kanak-kanak dapat membaca Al-quran dengan betul serta berakhlak mulia dalam amalan seharian mereka.
PROGRAM MANDARIN
Program mandarin ini ialah untuk murid dapat menguasai bahasa asas mandarindengan baik. Pada peringkat awal, mereka dididik cara untuk bertutur dan pembelajaran asasmandarin seperti dialog-dialog, bacaan dan penulisan mudah yang biasa digunakan dalamkehidupan seharian. Oleh itu, matlamat program ini adalah bagi melahirkan kanak-kanakislam yang boleh menguasai asas bahasa cina dan memberi kelebihan kepada murid yangakan melanjutkan persekolahan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.